My Melody Kawaii Lights Of Heaven ~~ DuNia PinGu ~~: June 2009

Total Pageviews

MEMBER2 PINGUIENISE !!

Aku perlukan jawapan yang pasti...

Smlm tanggal 24hb Jun 2009 bersaam 1 Rejab nenek sblh mak aku kembali ke Rahmatullah ....

beliau pergi sblm aku smpt memOhon maaf di ats segala ketelanjuran yg pernah mahupun tidak aku lakukan sepanjang hayat beliau di muka bumi ini.

sepanjang perjalanan dr kL ke perak ... aku menyedekahkan ayt2 suci alQuran ke kpdnya ... semoga rohnya di cucuri rahmat ... dan berdOa agr beliau di tmptkn di kalangan org2 yg baik dan soleh...

tatkala menatap wajahnya buat kali terakhir ... seribu macam perasaan bermain di minda.... sayu hiba... sedih ... duka ... insaf.... segalanya berbaur rata .... Insaf mengenangkn setiap insan yg hdp di dunia pasti akn kembali kpdNYA... segala telah ditentukan olehNYA...

Syukur segalanya mudah ... berlaku pantas ... beliau selamat dikebumikan ...

Namun aku rasa berslh teramat sgt ... krn terpaksa plg awl ke KL demi melaksanakan tugas aku sbg pelatih pula... bkn niatku utk meniggalkan semua yg msh dlm keadaan sdh & sayu meratapi pemergian beliau ... tp ... ntah ... amt perit ku rasakn saat ini ...

esk selesai tugas ... aku akn kembali bersama keluarga di perak.

~Dalam Hati Ada Cinta~

~DALAM HATI ADA CINTA~

Sally : Sabtu 6.28pm 6/6/09


Dingin angin malam bertiup damai mengasyikkan membuai lenaku bertemankan mimpi indah. Bertilamkan tilam empuk beralas bantal kekabu hadiah dari arwah nenek setia menemani aku tidur sepanjang malam. Nyenyak.…kenikmatan beradu yang dimiliki setiap insan ciptaan Tuhan amat kusyukuri.

Laungan Azan subuh kedengan. Bangkitlah semua kita tunaikan kewajipan. Kewajipan setiap umat muslimin juga muslimat. Teguh dan kukuhkanlah tiang agama kita semua. Moga hidup diberkati Allah S.W.T.. Amin….

Bermulanya pagi yang mendamaikan…

Pagi yang indah bertandang lagi. Tenang dan nyaman sekali udara pagi itu. Aman damai alam ciptaan Tuhan di bumi bernama Malaysia ini. Syukur tidak seperti negara-negara lain yang sering berlaku peperangan mahupun gempa bumi dan sebagainya. Usai solat subuh, seperti biasa aku akan melakukan senaman untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Menjadi kelaziman aku untuk pergi berjoging di taman pada setiap hari melainkan aku terpaksa ke luar daerah untuk bertugas. Selesai melakukan senaman barulah aku ke pejabat untuk memulakan tugas harian sebagai Eksekutif Pemasaran di Syarikat Megah Berhad.

Ku atur langkah yang ceria demi memulakan hari baru memasuki syarikat di mana aku berkhidmat selama 2 tahun setengah ini. Syarikat ini merupakan salah sebuah syarikat kenalan papa. Walaupun papa aku mempunyai syarikat sendiri namun aku lebih suka makan gaji dengan orang lain dari bekerja di syarikat papa. Bukan apa…Cuma ingin menimba pengalaman. Nanti suatu hari aku akan kembali membantu papa Along dan Angah.

“Morning everybody…” diikuiti senyuman ku hulurkan kepada semua kakitangan pejabat pagi ini. Pagi-pagi yang indah lagi berseri ni kita perlu ceria… moga hilang stress tatkala memulakan kerja nanti. Hehe… siapa tak kenal Nur Syafira Binti Dato’ Yunus, Pengurus Pemasaran yang lincah lagi happy go lucky bak kata ‘mat salleh’.

“Maya, masuk sekejap..” aku memanggil Maya Setiausaha aku yang paling setia.

“Lepas lunch nanti Fira tak masuk office tau. Terus pergi JB. Nanti Maya tolong ambil call or anything yang penting untuk Fira ok. Macam biasa.” Maya mengangguk. Aku lebih gemar membahasakan diri dengan nama supaya lebih mesra. Lagipun apa ada pada pangkat. Hanyalah pangkat. Pinjaman semata. Hanya seketika.

“Fira pergi berapa hari? Eh, lupa pulak. Tadi papa Fira suruh call dia balik la.” Maya juga sudah masak denganku dan juga tugasnya. Dia tahu apa yang patut dilakukan sepanjang ketiadaanku nanti. Tak perlu jelaskan panjang-panjang. Hampir 2 tahun dia bekerja sebagai setiusaha aku. Maya memang cekap. Aku beruntung dapat setiausaha sepertinya. Tidak sia-sia kau study secretary sebelum ni ye Maya. Maya bukan saja setiusaha aku, malah bakal kakak ipar aku. Almaklumlah….abang aku yang kedua, Angah memang dah angau dengan Maya ni. Mereka sudah mengikat tali pertunangan pun. Kurang lebih setahun lagi mereka akan langsungkan majlis pernikahan. Nampaknya aku akan kehilangan setiausaha yang cekap seperti Maya tidak lama lagi. Huhu…Sejak mereka mula bercinta lagi Angah dah suruh Maya berhenti dan kerja di syarikat papa sebagai setiausaha Angah. Tapi dek kerana Maya lebih selesa bekerja denganku katanya. Maka Maya pun masih setia disisiku. Namun begitu Angah dah beri warning, selepas berkahwin Maya harus menjadi suri rumah tangga katanya. Angah-angah…

Aku? Aku single mingle lagi…. H’mmm malas lah nak fikir perkata sebegini buat masa sekarang. Kerja…kerja dan kerja adalah yang paling utama selain papa dan mama. Biarlah Angah lepas dulu, kemudian baru akan ku fikirkan. Insyaallah…. Pernah juga ada seorang mamat meroyan mana ntah la. Suatu ketika dulu sering sangat hantar bunga kepadaku. Eii…tak kuasa aku melayan. Bukan memilih…tapi hati yang belum terbuka lagi. Bunga yang dikirimkan tu..aku serahkan kepada Maya. Disebabkan bunga itu, Angah dan Maya pulak yang bertegang lidah. Salah aku juga kan. Kenapa aku bagi bunga-bunga yang aku tak nak tu pada Maya. Kan dah bergaduh abang dia dengan kekasih hatinya yang kuat cemburu tu. Siapa lagi kalau bukan Angah aku la. Angah ni pun satu. Dah la kuat cemburu… lepas tu suka tuduh Maya bukan-bukan. Taulah sayang pada Maya. Tapi usul periksa la dulu. Lagipun sapa suruh Angah tak pernah bagi bunga pada Maya. That’s why la Maya ambik je bunga-bunga tu. Bukan apa. Saja nak buat perhiasan di rumah kata Maya. Angah je yang kecoh lebih. Setiap yang berlaku ada hikmahnya… hubungan mereka lebih rapat. Angah pun dah pandai bagi bunga untuk Maya sekarang. Hehe…aku tumpang bahagia.

“Angah line 3..” Maya menyambungkan talian ke bilikku. Apa lagilah yang Angah nak ni. Aku tahu lah apa nak buat.

“Yes…kak Maya sihat hari ini. Takde yang mengorat tunang kesayangan Angah arini.” belum sempat Angah berkata-kata aku dah bagitahu dia tugas harian aku kepadanya. H’mmm….sejak mereka bercinta lagi aku dah ditugaskan untuk menjaga Maya. Mujur aku ni adik yang baik. Hehe…

“Hello makcik….macam perli je…. Angah tau… sayang Angah tu kan memang setia dan sayang Angah. Hehe… Fira ni… sebenarnya Angah nak ajak Fira dan Maya lunch sama hari ni. Maya cakap Fira outstation ek harini.” pelawa Angah. Pandai-pandai je aku buat kenyataan tadi.

“Oyeker…manala Fira tau… selalu kan Angah nak tau pasal kak Maya je kalau call Fira. Ermm…ok jugak tu. Angah belanja tau.” aku hanya ketawa menjawab kata-kata angah.

Seperti yang dijanjikan, aku, Angah dan Maya setiausaha merangkap kakak iparku makan tengah hari di sebuah restoran masakan melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Sedang kami bertiga makan, datang seorang lelaki menghampiri meja kami. Agak tampan juga mamat ni. Rupa ada iras-iras Farid Kamil. Rasanya mamat ni handsome lebih sikit dari Farid Kamil. Lebih sikit jela.
“Syafiq… assalamualaikum…” mamat yang tinggi pun ala-ala Farid Kamil ni tegur Angah. Angah yang sedang menikmati nasi berlaukkan masak lemak cili api ikan patin terus berhenti mengunyah dan menoleh ke arah lelaki tersebut. Aku dan Maya turut memandang.

“Farid…. Waalaikumsalam. Eh, duduk lah. Jemput makan skali.” mungkin teman angah. Muka dah macam Farid Kamil. Nama pun Farid juga ke. Ermm…nama bapa pun Kamil ke? Soalan tu dalam hati ajelah. Tapi macam lama tak berjumpa je diaorang ni. Aku membuat andaian. Lelaki tadi pun tanpa segan silu mengambil tempat disebelahku melabuhkan punggungnya.

“Kenalkan ni tunang aku. Maya. Ha…yang sebelah ko ni takkan la tak kenal kot. Fira.” Angah memperkenalkan kami. Aik…macammana mamat ni kenal aku pulak. Aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni. Aku dan Maya hanya senyum. Nak bersalam tangan kotor sebab makan menggunakan tangan. Kalau makan masakan melayu kena guna sudu garfu asli anugerah Tuhan ni… barulah nikmat….

“Eh…Fira ke… dah lain Fiq.. aku tak perasan la.” Aik…lagi la pelik aku. Mamat ni memang kenal aku la. Tapi kenapa otak aku tak dapat tafsirkan siapa dia ni. Jumpa kat mana. Ntah.

“Itulah ko … lama sangat merantau. Apa cerita terbaru. Eh, jemputlah datang rumah. Jemput mak ayah ko sekali.” Bukan main rancak mereka berbual.

“Takde la lama…dulu kan further study. Sekarang aku keje kat tempat bapak aku la Fiq. Mana lagi. Nanti bising pulak orang tua aku tu. Tau jela abang-abang aku semua kan tak minat kerja macam ni.” Lantak Korang lah nak sembang ke apa. Aku dan Maya teruskan makan. Aku kena makan cepat. Nanti nak ke Johor Bharu lagi. Dah la drive sorang-sorang.

“Next time sembang panjang lagi lah Fiq. Ada hal ni. Jumpa lagi nanti.” mamat bernama Farid dan Angah saling bertukar kad nama. Farid tadi pun berlalu sambil melemparkan senyuman. Senyuman? Pada siapa? Meroyan mamat ni. Takkan pada aku. Tapi siapa lagi yang duduk kat sini melainkan aku.

“Sape mamat tu Ngah?” untuk kepastian lebih baik aku tanya Angah sendiri kan.

“Fira ni…tu kan Farid anak kawan papa. Anak Dato’ Zainal.” Angah menjelaskan kepadaku. Tapi aku masih berkerut kening tanda tak ingat.

“ishk Angah ni…manalah Fira ingat.” Balasku kepada Angah.

“Ala…Fira ingat lagi masa Birthday Angah dulu… yang Fira calitkan kek pada sorang budak. Sebab Fira ingat budak tu Angah. Farid yang tadi lah budaknya.” Hah? Biar benar…terlopong mulut aku. Mak ai… lain betul rupa dia bila dah besar. Masa kecik dulu cute la jugak. Dah besar handsome siot… hehehe… tapi bila diingatkan aku yang malu. Bukan main aku kenakan budak tu dulu. Bukan apa. Mati-mati aku ingat abang aku sendiri. Rupanya kawan abang aku. Apalagi. Bergaduh la kami. Malunye…..

“La…dia ke… huhu…harap-harap dia dah hilang ingatan kan Ngah.” Kataku.

“Eh, apsal pulak ?” Tanya Maya.

“Memang la… kalau dia ingat lagi…malu la Fira. huhu” kami bertiga ketawa riangnya.

“Fira dah lewat la Ngah. Pergi dulu ye.” aku menyalami Angah dan Maya lalu bertolak ke Johor Bharu.

Penatnya badan. Sampai ke Johor Bharu petang tadi terus pergi mesyuarat. Habis mesyuarat mereka ajak aku pergi dinner. Tapi aku menolak. Penat sangat la… dah la pagi esok pun ada meeting lagi. Huhu…. Nasib kamu la badan.

Pagi berikutnya…

“Sorry…I betul-betul tak sengaja.” tanpa menoleh gerangan orang yang aku terlanggar tadi aku memohon maaf. Ishk aku ni … jalan tengok depan la. Mamat ni pun satu. Kalau dah aku tak tengok depan. Ko tengok lah depan. Adoyai… ting tong aku dibuatnya.

“It’s okey… are you okey Miss...? ”kata lelaki yang aku terlanggar tadi.

“Sorry… I got to go…”aku sedikit mengelak… sememangnya aku perlu cepat ke mesyuarat pagi ini.

“Hey You…”kata lelaki tadi. Macam pernah dengar suara ni. Tapi siapa ya? Aku menoleh ke arahnya. Oppsss……malu…………

“Fira kan? Macamana boleh ada kat sini. Semalam kan kita jumpa kat K.L..” tanya mamat tadi. Ya..tak salah lagi. Farid. Farid budak yang aku calitkan kek ke mukanya suatu ketika dahulu. Malunya aku….. janganlah dia ingat lagi perkara yang memalukan tu.

“Ermm…Fira ada meeting kat sini. Pergi dulu ye. Nanti jumpa lagi.” aku terus berlalu. Jumpa lagi? Biar benar ko ni Fira. Malu la kalau jumpa lagi.

“Eh, Fira…Farid pun ada meeting juga. Kat Hall A.” kata Farid yang jalan beriringan denganku. Apa? Huhu….dia meeting sama dengan aku? Papa..mama…tolong adik…

“Oyeker … samalah kita. Tapi Fira pergi dulu ye. Sebab Fira adahal sikit.” aku berjalan lebih pantas mendahului beliau. Takde hal apa pun. Segan la aku jalan beriringan dengan dia.

Selepas meeting…

Tahulah aku… rupanya Farid ni pelanggan paling besar syarikat aku. Rupanya dia anak Dato’ Zainal pemilik syarikat ZbZ Berhad iaitu syarikat rakan papa. Alahai…walaupun segan, terpaksa juga aku tebalkan muka demi syarikat. Huhu…nasib ko la Fira..

“Lunch together..?”pelawa Farid yang tiba-tiba muncul ntah dari pelusuk mana pun aku tak tahu. Rasanya tadi aku berjalan sorang je.

“Err… Encik Farid… ermm… I got to go…sorry…some other time maybe…” sebenarnya aku masih segan padanya. Perkara dulu… h’mmm masih berlegar diminda… malunya aku bila terkenangkan kes aku calit kek ke muka dia dulu. Malu sangat. Mati-mati aku ingat dia ialah Angah. Sebab tu lah aku calitkan kek ke muka dia. Siap aku ejek lagi mamat ni yang aku sangkakan abang aku. Huhu …

“Just call me Farid okey… ermm … You ni macam nak mengelak dari I je … kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke? Asyik ada hal je… or … You takut boyfriend Nampak?” adoyai…apalah mamat ni. Pandai-pandai je keluarkan statement panas camni. …

“Eh taklah. Actually I nak balik K.L sekarang. Nanti petang ada meeting di PJ. I need 2 rush…” balasku kepadanya. Eh…mana ada aku tipu dia. Petang ni aku memang ada mesyuarat di Pj la.. Maya call pagi tadi. Penat semalam belum habis … sambung lagi hari ni … tak mengapa…kerja punya pasal.. Hehe… aku kan addicted kerja.

“Oh I see…errmm kalau ye pun takkan la tak sempat makan dulu.” Mamat ni tak paham betul lah.

“Ermm …it’s okey … my boy is waiting for me…okey bye..see You then…” hah?? Biar benar ko ni Fira… sejak bila pulak ko ada BOYFRIEND ni?

Tak kisah lah dia nak anggap aku apa. Yang pasti aku masih tak dapat lupakan kejadian tu. Memang selama ni aku tak berharap jumpa dia kembali. Tak tahu lah kenapa jumpa jugak. Walaupun itu Cuma cerita zaman kanak-kanak riang aku dulu. Ianya masih tersemat nun jauh dalam kotak mindaku. Biasalah…zaman kanak-kanak mana yang tiada kengangan. Pahit, manis, masam, masin…semua tetap kenangan. Kenangan yang abadi. Tapi kenangan mencalit kek salah satu daripadanya yang tak dapat aku lupakan. Sampai bila-bila. Masakan tidak..dek kerana calitan kek itu… kecoh satu rumah. Siap bergaduh-gaduh lagi. Angah pun tak habis-habis mengejek aku. Along pun sama. Kawan-kawan papa dan mama pun turut serta. Apalah dorang ni. Kan aku tersalah orang. Nak buat macamana …. Huhu….

“Oh yeker …maaflah kalau macam tu ye… saya minta diri dulu. Lapar la. Pagi tadi tak sempat sarapan” dia pulak yang minta maaf. Eh..aku tak tanya pun. Hehe…

Hari-hari biasa di Megah Berhad…

“Fira, Angah call tadi. Dia ajak kita lunch sama. Amacam? Ikut?” Maya yang muncul secara tiba-tiba di muka pintu bilik aku. Kus semangat…

“Tekojut den…hehehe…ermm… tak pelah… You all jela pergi ye… asyik kacau daun je Fira ni… Lagipun Fira kenyang lagilah… Heavy breakfast this morning… ”sambil mengurut dada yang agak terperanjat dengan Maya sebentar tadi. Aku menolak dengan cara baik. Setiap kali Angah datang lunch area office ni…dia ajak aku skali… bukan apa…kesian pulak aku pada dorang. Takde privacy …. Angah ni pun satu…. Kat rumah malam nanti kan kita boleh dinner sama.

“Jangan nak mengada-ngada ek….takde mengacau pun. Tak kira. Fira ikut jugak. Kalau tak… cancel je…” aku tau…sebenarnya Maya masih segan dengan Angah walaupun mereka dah bertunang. Apa jugak yang Angah ni buat sampai Maya segan kalau berdua dengannya.

“Yelah … nanti Fira ikut …” aku mencemek tanda protes.

“Ha…macam tu lah … thanks Fira.. Caaayang Fira… ” getik pulak aku tengok si Maya ni memuncungkan bibir lagak seperti orang yang nakbercumbu. Bodek la tu.

--------------

“Assalamualaikum…. Hye sayang…Miss You la dear ….” Angah merangkul Maya ke dalam pelukannya. Merah padam muka Maya. Berusaha melepaskan rangkulan Angah.

“D… tak malu ke orang tengok … lepas la… ” Maya sedikit berbisik. Namun masih ku dengari. Patutlah Maya tak nak jumpa Angah sorang-sorang… nakal abang aku ni rupanya.

“Biarlah…sayang kan bakal isteri D…” jangan harap aku nak lepas. Kata Angah dalam hati. Baru nak lepas rindu sikit pun tak boleh.

Segan pulak aku yang menyaksikan adegan drama romantic free sebentar tadi. Kami melangkah masuk ke restoran The Ship. Angah ni…selera dia macam-macam betul la… hari ni teringin nak makan steak katanya. Aku dan Maya terpaksalah mengikut. Apakan daya… aku sayangkan abang… Maya pula …sayangkan bakal suami.

Belum sempat duduk lagi …. “Fiq… right here…” seorang lelaki yang amat ku kenali melambaikan tangan ke arah kami. Nampak gaya macam kami makan semeja… eh… betul ke ni ? Mama…. Tak nak …

“Dah lama sampai ke?” Angah berjabat tangan dengannya. Kami mengambil tempat masing-masing… dalam hati …Tuhan aje yang tahu macamana… Angah ni memang nak kena. Kenapa tak bagitahu aku awal-awal nak ajak orang lain. Geram!

“Eh Fira… your boy didn’t join us?” gila mamat ni …tiba-tiba tanya soalan ni. Nak jawab apa ye… belum sempat aku jawab angah dah mencelah..

“Fira? Boy? Sejak bila pulak adik angah pandai ada boy-boy ni? Hahahhahaha…… adik aku mana ada boyfriend Farid…hahaha” amboi …bukan main suka lagi Angah ketawa ye … huhu…. Siaplah balik rumah nanti. Apa … Angah ingat adik angah ni tak de orang nak ke? Ramai la Ngah…Fira je yang tak nak… Aku menjeling tunjuk perasaan pada Angah.

“Farid…kalau ko nak tahu…adik aku ni single mingle plus available lagi tau. Maybe adik aku tungu kau la Farid” Sambung Angah lagi. Memang nak kena Angah ni.

Aku bangun. Tanpa bicara. Tanpa pohon izin aku undurkan diri. Ku hayunkan kaki melangkah keluar dari restoran ni. Malas. Hilang selera makan aku. Walaupun The Ship merupakan the best steak in town. Tiba-tiba rasa macam tak sedap langsung. Pahit… rasa tercekik je … Geram betul la aku dengan abang aku yang sorang ni.

“Alamak…merajuk pulak adik aku…” padan muka…biar Angah rasa bersalah.

Di rumah…

“Fira… bukak lah pintu dik … Angah tak sengaja tadi. Mana Angah tau adik yang cakap macam tu pada Farid. Angah minta maaf. Angah janji tak buat lagi. Please dear…I’m so sorry …. Adik cakap je adik nak apa… semua akan Angah tunaikan. Bukak lah pintu ni dik …. Angah tau Angah salah…..” Angah masih berusaha memujukku… Lantak… cakap ikut sedap mulut je. Malu aku …. Dengan mamat sekor tu… ada je benda yang akan buat aku malu. Geram! Geram! Bentak hatiku. Dari tadi Angah telefon, mesej… semua lah … siap suruh mama dan Maya tuning kesayangan dia pujuk aku. Ah …peduli apa aku. Biar Angah tau kali ni aku betul-betul marah.

Bila difikirkan …salah aku juga. Tulah …. Pandai sangat menipu orang … terimalah nasib sendiri. Tapi aku bohong sunat je… ada ke bohong sunat? Bohong tetap bohong kan … tapi kita boleh berbohong demi kebaikan. Demi kebaikan? La… hari tu mamat tu ajak lunch jela … aku pulak yang banyak alasan. Segan sebenarnya. Tak sangka pula aku memalukan diri aku lagi kali ni. Ah …takde-takde… Angah punya pasal kali ni.

Aku masih merajuk. Pujukan Angah dan mama di luar kamar tidur tidak ku hirau walaupun mereka merayu aku membuka pintu. Hati batu juga aku ni ye. Anak papa… hehe…satu-satunya anak perempuan Dato’ Yunus dan Datin Sharifah.


hari berganti hari… bulan bertukar bulan ….


Aku tetap aku. Melaksanakan tugas seperti biasa. Kejadian bulan lepas aku jadikan iktibar. Angah? Aku dah maafkan. Tapi kalau angah buat lagi… jangan harap aku maafkan.

Farid? Lama aku tak ketemu dengannya. Aku hanya berusan dengan salah seorang wakil dari syarikatnya. Kenapa dia taknak jumpa aku lagi ke? Eh…tapi kan aku kurang gemar berhadapan dengannya.

Kurang lebih seminggu lagi Angah dan Maya akan melangsungkan perkahwinan. Aku turut membantu. Huhu…lepas ni aku dah takde kawan lagi la. Maya dah nak kahwin. Setiausaha aku pun takde lah nanti. Susah juga ya nak kahwin ni… macam-macam perlu disediakan. Segala aspek perlu di ambil kira… dari segi pakaian, pelamin, hantaran… makanan… cenderahati buat tetamu yang hadir … macam-macam lagi lah… pening juga aku dibuatnya. Memang rumah kami pernah buat majlis perkahwinan Along dulu. Tapi mungkin aku terlalu muda waktu itu. Takde la aku terasa sangat. Baru Angah yang nak kahwin. Belum aku sendiri yang nak kahwin. Macamana agaknya majlis aku nanti ye. Ishk … kalau aku kahwin nanti … papa dan mama macamana? Aku kan sorang je anak perempuan mereka. Belum terbalas lagi jasa aku pada mereka yang selama ini membesarkan dan mendidik aku sehingga jadi seperti sekarang.




Di hari persandingan Angah dan Maya…

Dengan 3 kali lafaz… sah lah Maya kini sebagai suri hidup Angah… menantu papa dan mama juga sebagai kakak ipar aku. Eh … lupa pulak…adik ipar Along. Hah Angah… 3 kali …. Baru sah… gugup katanya. Betul lah kata orang… walau sepetah dan seberani mana pun seseorang itu.. masa kahwin gugup juga. Ingat lagi salah seorang rakan sepengajian aku di University of Liverpool dulu… seorang lawyer yang petah berbicara.. 7 kali lafaz .. baru sah dia nikahi isterinya yang bernama Khaleeda. Bahagia mereka kini yang dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Aku turut sibuk melayan tetamu. Bahagia jelas terpancar di wajah Angah dan Maya. Kami sekeluarga turut merasainya. Ramai tetamu hadir. Rakan-rakan aku pun ramai yang datang bertandang. Time-time macam ni lah nak bertemu sanak saudara dan sahabat handai selain hari raya. Meriah … senyuman tak putus-putus terukir di raut wajah papa dan mama. Mana tidaknya… seorang lagi anak lelaki mereka telah menamatkan zaman bujang. Anak perempuan? Aku lah tu …sapa lagi … ntah la papa…mama…adik belum ready lagi … itulah jawapan aku setiap kali diajukan soalan sebegitu.

Dulu Angah memang mengharapkan aku yang kahwin dulu. Namun bila aku berkeras belum bersedia. Macam-macam alasan aku berikan. Maka, Angah pun berkahwin sebelum aku.

“Assalamualaikum… sibuk nampak.” suara itu … lama benar aku tak dengar… ingat tak datang tadi … tak Nampak batang hidung pun. Tapi tiba-tiba muncun. Dia selalu begini. Muncul di saat aku sendiri tak jangka.

“Eh You … err…tak sibuk pun. Dah makan belum ni. Kalau belum jemputlah makan dulu.” kenapa tiba-tiba jantung aku berdegup deras ni. Kekok pula rasa berdua begini. Aku ingin mengatur langkah agar jauh dari sini.

“Kenapa Fira suka mengelak bila kita bersua? Fira tak pernah pandang Farid. Buruk sangat ke I ni? Apa yang buatkan Fira asyik mengelak je bila jumpa I?” terlopong aku mendengar kata-kata Farid. Apa ni … lagi laju jantung aku … macam lari pecut 100m je…

“Err…takde lah … mana ada … pandai-pandai je You ni ” tak tahu lah nak cakap macamana. Mama…tolong adik.

Eh … mama ni macam tau-tau je aku panggil dia.

“Farid …. Dah lama sampai? Ayah ibu mana? Dah makan belum ni? Sorry ye nak… untie tak perasan. Ramai sangat tetamu harini.” mama pernah jumpa Farid ke? Kenal pulak mak aku dengan si Farid ni.

Farid bersalam dengan mama. “Ibu dan ayah ada kat hujung tu. Dorang tengah makan. Cari untie tadi. Tapi tak jumpa. So, ibu cakap nak makan dulu.” ramah tamah pulak mamat ni dengan mama. Macam biasa bertemu je dorang ni.

“Adik, layan Farid ye. Mama nak pergi jumpa ibu Farid kejap.” mama ni… aku buat muka tanda protes. Tak kan aku yang kena layan Farid ni. Segan la mama…eii…dah la mama panggil nama ‘gomeng’ aku. Lagi ar malu. Mama boleh pulak ‘blah’ tinggalkan kami berdua kat sini.

“You… nak makan apa-apa…. makan la ye.”sejak bila pulak aku gagap ni. Resah gelisah pulak rasa hati. Semacam … gundah gulana pun ada.

“No…thanks… let’s continue … Can please give me the reason… Why you keepavoiding me?” la… ingatkan dah lupa. Mana aku tau … eh … tau…tau… sebab aku malu. Malu sangat bila teringat kes kek dulu.

“Excuse me Encik. Farid… I have to go… I got no time for that.” seperti biasa aku ingin berlalu. Belum sempat aku melangkah. Lengan kanan aku direntap oleh Farid.

“You tak boleh pergi selagi you tak jawab soalan I! ” suka hati dia je… paksa-paksa pulak. Dah la tarik tangan aku. Lepas la…sakit tau tak. Aku berusaha melepaskan lengan aku yang masih dalam gengaman Farid.

“Sakit… lepas la… apa ni… ” aku seakan merengek. Ternyata helahku tak berjaya. Memang la tak sakit sangat. Tapi segan lah kalau ada mata yang memandang.

“Acu… baby nak kek tu. Mummy cakap minta kat acu… cepat la acu …” mujur baby datang. Alisya Dania yang digelar baby adalah anak buah kedua aku. Anak kedua Along. Umur 5 tahun. Aiman Hafizi 9 tahun kami gelarkan sebagai boy. Alamak… kek … alahai … teringat lagi kes aku kecik-kecik dulu. Jangan dia ingat jugak sudah.

“Kejap ek cayang …acu pergi ambik. Baby nak banyak ke sikit?” lengan aku telah dilepaskan sebaik Alisya tiba. Baby memang agak manja. Anak buah tunggal perempuan aku. Manja macam aku jugak kata papa.

“Hye uncle… uncle ni encem la…Uncle nak kek tak? Acu boleh tolong ambikkan.”eh baby ni … sedap-sedap mulut dia je bercakap. Memang begini la Alisya. Petah berkata-kata. Tak pelat langsung. Tapi manja terlebih. Tak tahu la macamana kalau ada adik nanti. Ibu dia, kak Eifa isteri Along sedang hamil 3 bulan sekarang. Kurang lebih 6 bulan lagi Alisya akan jadi kakak. Kami semua risau akan penerimaan Alisya terhadap adiknya nanti. Alisya kuat cemburu. Pantang kalau ibunya mendukung bayi atau kanak-kanak lain yang lebih kecil daripadanya. Dia akan memprotes. Macam-macam akan dilakukannya supaya ibunya hanya melayan dia sahaja. Tapi mama kata, kalau dah ada adik nanti dia akan berubah. Bijak Alisya ni… gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Kalau dah ada adik nanti dia dah tak boleh manja-manja lagi.

“Ye baby… siapa nama penuh baby? Ermm… Uncle tak nak kek lah. Nanti kena pakai bedak kek. Tak encem la uncle nanti.”mama…mamat ni ingat lagi la peristiwa zaman kanak-kanak riang kami dulu. Macam perli aku je mamat ni. Aku menjeling ke arah Farid. Farid mendukung Alisya ke pangkuannya.

Sakit pula hati aku dengan si Farid ni. Eii …geram! Bentakku dalam hati. Apsal aku yang nak sakit hati pulak kan. Ntah … bingung sejenak. Tak dapat fikir.

------------------

Angah dan Maya tinggal di rumah berasingan selepas mereka berkahwin. Ingin lebih privacy kata Angah kalau tinggal di rumah sendiri. Papa dan mama pun tak menghalang. Sama seperti Along yang tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin. Ala… bukan jauh pun dari rumah papa dan mama. Anak-anak Along pun mama yang jaga. Setiap hari dorang makan malam bersama kami. Anak-anak Angah nanti tak tahu la… mungkin mama tak jaga sebab Maya kan jadi suri rumah. Lain lah kak Eifa. Seorang pensyarah di salah sebuah kolej swasta di ibu kota ni. Syarat kak Eifa sebelum dorang berkahwin yang harus ditunaikan Along. Jadi, anak-anak mama lah yang jaga. Mama yang minta begitu. Bukan apa… memandangkan sekarang banyak kes dera kanak-kanak oleh pembantu rumah. Kalau hantar ke nursery pula mesti jagaan tak sempurna kerana mereka perlu menjaga ramai kanak-kanak lain lagi.

Kini tinggal lah aku anak perempuan tunggal papa dan mama di rumah. Sunyi sepi pabila malam tiba. Tiada lagi keletah baby dan boy. Mereka dijemput pulang oleh Along dan Kak Eifa setiap pukul 7 malam. Kadang-kadang barulah mereka akan tunggu sehingga makan malam. Angah pun akan datang makan malam di rumah 3, 4 kali dalam seminggu. Bila dorang dah balik ke rumah masing-masing… aku lah yang akan jadi baby papa dan mama. Hehe…

Ermm… sedar tak sedar dah 7 bulan Angah dan Maya berkahwin. Oppss…Kak Maya sekarang. Kak Maya pun dah disahkan hamil 4 bulan. Angah akan jadi bapa tak lama lagi. Suka lah dia. Papa dan mama apalagi … bertambah gembiralah kerana cucu mereka akan bertambah lagi menjadi 4 orang. Yela… Kak Eifa kan baru je selamat lahirkan anak lelaki bernama Aiman Haziq. Betulah kata mama. Alisya berubah sama sekali. Saying sangat pada adiknya. Kami semua di suruh memanggilnya kakak. Tiada perkataan baby lagi. Syukur… Alisya dapat menerima dan menyayangi adik lelakinya.

“Adik… bila lagi? Along, Angah semua dah lepas. Papa dan mama tak sabar nak tengok adik akhiri zaman bujang. Tak sabar rasanya nak tambah cucu. Sampai bila nak solo-molo ni Fira? Papa dan mama hidup pun tak lama lagi dah… nanti tak sempat papa dan mama nak tengok adik naik pelamin.” Papa dan mama berbasa basi denganku. Setiap kali kami duduk bertiga begini sambil menonton tv. Papa dan mama selalu ajukan soalan macam ni. Bukan tak nak… jodoh belum sampai. Lagipun adik nak jaga papa dan mama.

“Papa ni …ada ke situ pulak fikir. Belum sampai seru papa. Fira nak jaga papa dan mama. Nanti kalau Fira kahwin. Terpaksa pindah rumah macam along dan angah jugak camne? Cian papa ngan mama takde orang jaga. Biarlah Fira jaga papa dan mama k.” aku cuba memujuk papa dan mama. Aku memaut lengan mama. Tanda aku saying pada mereka.

“Mana boleh macam ni dik… nanti kalau papa dan mama dah takde. Sape nak jaga adik. Jadi… sebelum kami bersemadi… kami nak tengok adik bahagia. Ada orang jaga. Pasal papa dan mama adik tak payah risau. Kami dah tua Fira… sekarang lah masa kami nak tengok anak-anak berbahagia pula. Kalau adik pindah masih boleh balik jenguk papa dan mama jugak kan? Adik… sebenarnya papa dan mama ada benda nak beritahu adik….” Mama memujukku … ada benda? Apa bendanya? Mama tersenyum kambing sambil memandang papa. Macam ada yang tak kena je ni.

“Fira ingat lagi kawan papa Dato’ Zainal? Ala…yang anak dia nama Farid tu…muka pun macam Farid Kamil kan mama.” Kata papa untuk mengingatkan aku. Huh… masakan tak ingat. Farid? H’mmm dah lama aku tak berjumpa dengannya. Kalau tak silap kali terakhir adalah pada majlis persandingan angah 7 bulan lepas. Lama dah tu.

“Ermm… yup…ingat. Kenapa pa? ma?” aku bertanya kembali.

“Next month dorang akan hantar rombongan.” Apa? Terkejut babun aku. Biar betul papa dan mama ni…. Aku bukan kenal sangat dengan Farid tu. Along dan Angah cari pasangan sendiri. Kenapa pasangan aku papa dan mama tentukan. Kalau ye pun nak sangat aku kahwin. Tapi kenapa begini? Secepat ni pulak.

Aku tak puas hati …“papa…mama…. Kenapa tak bincang dengan Fira dulu? Fira tak nak lah.”

“Papa tahu Fira pun takde kawan lelaki kan. Sampai bila nak tunggu lagi? Dah ada yang nak masuk meminang. Kita terima ajelah Fira. Papa dan mama berkenan juga dengan budak Farid tu. Baik budaknya kan papa… sejuk mata memandang. Farid tu kawan Angah dari kecik lagi tau Fira. Untung kalau Fira kahwin dengan Farid. Percayalah cakap mama.” Mama seakan memujuk aku. Tapi kenapa Farid? Takde orang lain dah ke… huhu

“Mana mama tahu dia baik. Gila la dia tu. Tak nak lah Fira.” Aku mencemek. Berkeras tak nak kahwin dengan Farid.

“Ishk adik ni… tak baik cakap orang macam tu tau. Papa tak pernah ajar anak-anak papa cakap macam ni pada orang. Papa tak pernah minta apa-apa pada adik. Papa cuma minta adik kahwin dengan Farid. Anak kawan papa. Papa kenal keluarga dorang. Memang orang baik-baik. Lagi satu … Farid memang suka Fira. Dia yang suruh ibu bapa dia masuk meminang Fira.” Papa pula cuba memujuk aku.

“Tapi ni soal masa depan Fira. Fira tak kahwin dengan Farid.” Aku bangun dan terus menuju ke bilik. Tanpa mempedulikan papa dan mama. Timbul rasa berdosa aku buat begitu pada papa dan mama. Sejak kecil aku memang tak pernah lawan cakap papa dan mama. Papa dan mama pun tak pernah haling apa yang aku suka. Contohnya fasal kerja. Papa tak pernah marah aku bekerja dengan syarikat lain walau hakikatnya papa nak semua anak-anaknya berganding bahu meneruskan syarikat yang dibinanya.

Lama aku berfikir. Farid? Kenapa dia. Kenapa? Kenapa? Takkan aku perlu kahwin dengan dia? Ala… takde orang lain lagi ke? Ermm… sekurang-kurangnya aku kenal Farid. Sempurna akal fikiran, agak kacak… berpendidikan dan ada kerjaya. At least aku pernah jumpa dia. Pernah kenal. Lain la kalau papa dan mama nak jodohkan aku dengan orang yang aku sendiri tak kenal. Tapi kenapa Farid. Segan la …. Huhu … apa nak segan… Farid tu macam suka aku je… aku suka Farid juga? Eh … tak lah … aku tak suka Farid. Dia gila! Gila? Waras je dia tu … gila dari aspek mana pulak ni? Ermm… ntah … tak tahu la macamana…. Huhu…. Lama aku memikirkan soal ini… sukar untuk aku putuskan. Terima … tolak … tolak … terima …. Puas aku berkira-kira. Tapi kalau aku tolak macam rugi. Rugi ke? Ntah… Farid…Farid… apa kena aku sebut-sebut nama Farid pulak ni … papa .. mama… Fira tak tahu la … Fira pusing … tak dapat buat keputusan. Eh, jap… papa cakap Farid suka aku? Dia yang suruh ibu bapa dia hantar rombongan meminang? Lagi lah aku bingung… macamana Farid boleh suka aku pulak. Kami bukan berkawan rapat pun. Kenal atas dasar kerja. Kami pun dah lama tak berjumpa. Dia pun tak pernah hubungi aku. Ha…lagi satu …kalau dia suka aku… kenapa dia tak mengorat aku.. Apela Farid ni … Ermm… tapi kenapa farid suka aku ? Akhirnya aku lena diulit mimpi indah.

Mimpi indah? Indah sangat … memang dapat ku rasakan aku bermimpi sesuatu yang indah … namun aku tak dapat mengingati walau sekelumit pun mimpi sebentar tadi. Aduh … sakit la belakang aku. La… handphone aku rupanya. Tertidur atas handphone … cian handphone aku ni free-free kena hempap dengan badan aku. Nasib la aku tak gemuk … kalau tak… habis penyek tak pun dah jadi arwah handphone aku ni. Ku lihat jam di skrin handphone. Ingatkan dah subuh. Baru pukul 3 pagi. Tanpa membuang masa. Aku bingkas bangun menuju ke bilik air yang sememangnya terletak di dalam kamar ini. Aku mengambil wuduk. Kemudian bersedia untuk menunaikan solat. Ya… aku perlu menunaikan solat sunat istikarah. Aku perlukan petunjuk dariMu yang Allah… sesungguhnya aku insan yang kerdil. Hanya padaMu aku berserah. KAU maha mengetahui. Selesai menunaikan solat sunat istikarah. Aku menyambung tidurku kembali. Alangkah tenangnya hati. Syukur padamu ya Allah … aku berasa tenang … setenang air di kali … tenang lagi hati aku kali ini.

Pagi berikutnya, aku beritahu mama bahawa aku setuju sekiranya Farid menghantar rombongan nanti. Mama agak terkejut kerana semalam aku yang berkeras tak nak. Aku sendiri yang menolak. Mama cepat-cepat menelefon papa di pejabat.

Pada waktu makan malam. Hari ini Along dan Angah tidak turut serta makan malam bersama. Hanya kami bertiga. Papa, mama dan aku.

“Fira… papa ada hal nak beritahu ni. Fira jangan terkejut ye nak…” papa memulakan bicara setelah kami selesai menjamu selera.

Risau jugak aku … papa ni suka la buat aku tertanya-tanya…“Farid tak jadi hantar rombongan bulan depan …”

“oyeker … takpe la kalau macam tu. Fira tak kisah pun pa, ma…” aku mencelah. Agak kecewa sebenarnya.

“Eh… lain macam je bunyi Fira ni … kenapa?” mama mencelah. Mama agak perasan riak wajahku yang agak kecewa dengan apa yang papa beritahu sebentar tadi.

“Farid tak jadi hantar rombongan bulan depan sebab dia nak hantar minggu depan. Apalah Fira ni … papa belum habis cakap dah menyampuk.” Blurp…blurp….aku menelan air liur yang dah tersekat-sekat di kerongkong ni. Gila! Farid…. Ko memang gila! Minggu depan? Gila!.. gila!... aku masih terkejut.

“Fira ok ke tak ni?” tanya mama sambil mengoyangkan badan aku yang kaku. Sejuk … ya… seram sejuk satu badan. Gila la Farid ni. Secepat ni? Mana boleh … janji tah apa-apa. Marah ku dalam hati. Diakui… aku akan menerima sekiranya Farid masuk meminang. Tapi bukan secepat ni. Huhu….

“Mama… cepatnya… Fira belum ready la… lagipun mana sempat nak sediakan apa-apa dalam masa singkat macam ni.” beritahuku kepada mama. Ku harap mereka mengerti keadaan aku.

“Don’t worry … papa and mama will help you … everything done perfectly dear …” papa dan mama berkata serentak. Sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk… kalau begitu kata mereka. Aku hanya menurut.

Sekejap benar masa berlalu… genap seminggu … dan seperti yang dirancang papa dan mama serta ibu bapa Farid. Majlis pertunangan kami berjalan lancer. Meriah juga. Namun begitu, kenapa Farid tiada di hari pertunangan kami. Tak tunjuk muka langsung. Tak pernah call aku pun. Betul ke dia yang suruh ibu dan bapa dia pinang aku? Atau …. Sengaja papa dan mama cakap macam tu supaya aku tak ragu-ragu sangat. Aku yang call Farid? Err… jangan harap… patutnya dia yang call aku. Dia kan lelaki. Takkan perigi nak cari timba pula. Lagi mengejutkan. Pihak aku dan pihak Farid bersetuju untuk melangsungkan majlis perkahwinan kami sebulan dari sekarang. Hah? Biar benar…cepatnya. Sekejap sangat kami bertunang. Demi keluarga, demi papa dan mama… aku turuti kata mereka. Terbaik buat dorang..terbaik padaku jua.

Selama tempoh kami bertunang.. hampir sebulan. Kini, tinggal beberapa hari lagi kami akan bernikah. Kami tak pernah bertemu. Dating? Jangan haraplah.. segala persiapan perkahwinan aku papa dan mama yang uruskan. Aku tak campur langsung. Malas. Semua angkara Farid. Dia yang menyebabkan aku jadi begini. Kalau dulu, aku yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan Angah. Tapi majlis aku… aku lepas tangan. Farid tak pernah hubungi aku. Itu yang membuatkan aku malas ambil tahu tentang majlis ni. Aku rasa seperti dipermainkan. Farid seakan menjauhkan diri dari aku. Kalau betul nak kahwin dengan aku .. kenapa tak pernah bertemu denganku. Kalau dulu bukan main kerap muncul di hadapanku. Kini, call pun tak pernah. Rindu? Tolong la… takde maknanya aku nak rindu dia. Aku nak kahwin dengan dia pun sebab papa dan mama. Ermm… mungkin dia pun sepertiku.. sebab tu dia menyepi je. Ntah. Malas aku nak fikir. Lagi kusut otak aku nanti.


Sungguh aku tak sangka… masa berlalu bagai air yang mengalir… pantas … tanpa rehat. Tanpa berundur… terus berlalu. Akhirnya, hari kebesaran yang aku sendiri kurang pasti adakah aku menyukainya. adakah aku menerimanya? Adakah aku mengharapkan hari bahagia iaitu sebuah perkahwinan sepertimana semua gadis impikan menjelma? Ya Tuhan … sesungguhnya aku insan yang lemah. Benarkah keputusan yang aku lakukan ini. Benarkah aku akan mengahwini Farid? Benarkah Farid yang sekian lama menyepi tanpa sebarang khabar akan menjadi suami aku? Benarkah aku akan menjadi isteri seorang lelaki yang aku sendiri tidak pasti adakah ruang untukku di hatinya? Adakah ruang buatnya di hatiku? Aku tidak pasti akan semua ini. Papa… mama… tolong adik …. Along … Angah … tolong adik ….

“Cantik Fira hari ni…Maya tumpang bahagia dengan Fira..” kata Maya yang kini bergelar kakak iparku. Kami masih berbahasa seperti dulu. Masih seperti kawan-kawan. Lagi mesra begini. Bahagia? Adakah aku bahagia.. aku juga tidak pasti.

“Pengantin lelaki dah sampai. Siap sedia ye pengantin perempuan.” kata salah seorang rakan mama yang menjenggul kepalanya ke dalam kamar aku yang di hias persis bilik anak raja. Kamar pengantin la katakana. Dap dup… dup dap… laju … kuat … semakin kuat degupan jantung.

Sekali lafaz…. Aku kini sah menjadi isteri kepada Farid. Alhamdulillah …. Bisikku dalam hati. Setitis demi setitis air mata ini mengalir … makin deras. La… kenapa aku nangis pulak ni? Aku pun tak tahu kenapa. Pelik juga. Mungkin inilah yang dirasakan setiap orang yang berkahwin. Patutlah masa Maya kahwin aku lihat air matanya menitis tatkala sah menjadi isteri kepada abangku Angah. Farid melangkah masuk ke kamar pengantin kami untuk membatalkan air sembahyang. Pertama kali aku melihatnya setelah sekian lama dia menyepi tanpa khabar berita. Tampan Farid ketika ini… segak berbaju melayu rona sedondon denganku iaitu warna putih yang suci murni pilihan mama tambah sempurna penampilan Farid yang bersongkok tika ini. Kata mama pilihan Farid. Ntah betul ke tidak. Hubungi aku pun tak ada masa. Mustahil ada masa pergi pilih baju nikah kami. Sayu sangat hati ini. Sebenarnya aku rasa seperti nak meraung. Tambahan saat Farid melangkah masuk mendekatiku. Aku hanya ingin tahu mengapa dia tidak pernah menghubungi dan menjauhkan diri dariku.

”Terima kasih sayang…” Farid menyarungkan cincin tanda membatalkan air sembahyang. Kemudian, Farid mengucup dahiku. Pertama kali dahi di kucup lelaki selain papa, Along dan Angah. Sesaat itu… air mata yang sedang sarat mengalir ini… terus mengalir dan mengalir lagi. Farid menyeka air mata aku. Aku menyusun sepuluh jari bersalaman dengan Farid yang kini adalah suami aku. Sayang? Aku tak salah dengar… walaupun hanya jasad yang tinggal, roh ntah ke mana menerawang… namun aku masih dapat menangkap perkataan terakhir dari suami aku sebentar tadi. Sayang betul ke sayang tipu? Lucu pulak aku dengan perkataan itu.

Selesai upacara akad nikah. Kami sibuk bergambar. Kemudian, kami ke sebuah dewan yang di tempah khas sempena majlis persandingan kami. Wow… so nice…. Cantik sangat. Aku amat suka akan dekorasi pelamin kombinasi warna untuk majlis persandingan kami. Amat menarik perhatian. Kata mama… semuanya Farid yang pilih. Farid yang design sendiri. Even my weeding dress untuk upacara potong kek di sebelah malam. Sukar aku nak percaya. Kalau benar semua kata-kata mama… kenapa Farid ada masa untuk majlis ni tapi tidak untuk aku. Tiada masa langsung untuk menghubungi aku walau 2 minit?? Macam tu? Sakit hati pula bila memikirkan tu. Untuk sedapkan hati. Anggap jela mama yang buat semua ni. Kan mama yang paling beria untuk majlis perkahwinan aku.

Selesai sudah majlis persandingan kami. Seharian …. Penat? Tak usah kata lah … penat yang teramat sangat. Tapi aku rasa gembira juga. Rasa macam bahagia. Ishk… gembira dan bahagiakah aku. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Kami sekeluarga telah pun pulang ke bangle milik papa. Aku terus ke kamar. Alamak… nampaknya terpaksalah aku berkongsi kamar mulai sekarang. Sejak kecil aku tidak pernah berkongsi kamar dengan sesiapa. Mulai malam ini…terpaksalah nampaknya. Baik aku mandi dulu sebelum Farid masuk bilik. Nanti berebut bilik air pula.

Siap mandi… pakai baju tidur. Masa untuk tidur …. Aku pun berjalan menuju ke katil. Tiba-tiba pintu kamar aku terbuka.

“Assalamualaikum… boleh masuk?” suara itu. Mama… tolong Fira…. Suami Fira nak masuk bilik. Macamana ni… apalah kau ni Fira. Dia kan dah jadi suami kau. Mestilah dia nak masuk bilik kau. Takkan masuk bilik mama kau pulak. Teringat aku sewaktu siang tadi, di majlis persandingan kami… ramai yang beri nasihat kepada aku dan Farid demi menjaga rumah tangga yang baru kami bina. Ada juga yang berbisik mengenai malam pertama kepadaku. Huhu…malam pertama? Adakah ini malam pertama aku? Eh … memang la… tak kan malam pertama nenek kau pulak. Memikirkan itu… aku jadi takut. Agak segan berhadapan dengan Farid nanti. Huhu … dah la berdua-duaan dalam bilik ni. Gerun aku.

“Waalaikumsalam… boleh.” ringkas jawapanku. Farid pun masuk ke dalam kamar yang kini bukan lagi kamar aku. Tapi kamar kami. Sebelum ini aku dah beritahu papa dan mama bahawa aku dan suami akan tinggal bersama papa dan mama selepas kami berkahwin. Aku ingin dekat dengan papa dan mama. Mereka setuju. Jadi. Selepas ini kami akan tinggal di sini. Berkongsi rumah, bilik dan segalanya. Huhu …. Benarkah aku dah jadi isteri Farid sekarang? Takut la … mama……. Papa………

“Dah mandi ke? Tak tunggu abang pun … takpe la… abang nak mandi dulu. Erm… mana towel abang?” abang? Pelik bunyinya. Hurmm… selamba je dia berbahasa. Aku jadi segan. Ah… segan lagi. Aku ni asyik segan je … apa yang aku nak segan..dia kan dah jadi suami aku sekarang ni. Memang la … tapi aku rasa macam orang asing je … kami kan dah lama tak jumpa. Bercakap pun tidak. Tiba-tiba je macam ni… dia boleh pulak mesra-mesra alam denganku.

“Err… towel? Ermmm…. ada dalam ….bilik air tu. Memang towel… baru. Gunalah….” Agak terketar-ketar aku menjawab. Degupan jantung semakin laju … kenapa aku ni…
“Ok.” ringkas balasanya. Farid menghilangkan diri ke bilik air.

Tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan aku sekarang ni. Suka ke sedih ke… ntah … yang pasti aku rasa macam bahagia je. Aik … apsal aku bahagia pulak? Kami bukan pernah bercinta pun sebelum ni. Cakap pun hanya berkenaan kerja je sebelum ni. Tiba-tiba je aku kahwin dengan dia. Macam tak percaya. Sepantas kilat semua yang berlaku kala ini.

15 minit berlalu. Farid dah siap mandi. Apa aku nak buat ni. Serba tak kena je rasa.

“Mana baju abang?” ai…tau la aku ni isteri kau. Semua benda nak tanya aku. Tak reti cari sendiri ke? Hilang sudah rasa gugup tadi. Timbul rasa tak puas hati. Lebih-lebih pulak mamat ni.

“Mana tau…tadi letak beg kat mana?” aku menjawab dan mengajukan kembali soalan kepadanya. Mama aku pesan.. sebelum mandi sediakan baju dulu. Nanti lepas mandi, senang. Apalah kau ni. .. patutnya ko ambil baju dulu sebelum mandi tadi.

“La… macam tu pulak. Takpe lah .. tak payah pakai baju lah kan. Lagipun nanti nak buka jugak. Abang tidur macam ni je lah k.” Farid senyum kepadaku. Sambil memandang aku … pandangan yang menyeru kegugupan yang dah berlalu pergi sebentar tadi. Aku hanya diam. Malas nak layan.

Farid mengenakan baju tidur. Sedondon pula warna baju tidur kami. Macam berjanji. Farid memakai baju tidur berwarna putih. Sama dengan aku. Dia pun suka putih juga ke? Aku hanya yang dah berbaring di atas katil sejak tadi hanya memandang gelagat Farid dari ekor mata. Bagus juga mamat ni .. pembersih. Dia kemas apa-apa yang patut. Eh… kenapa dia alihkan semua hadiah di sofa tu? Apa-apa jelah mamat ni.



Gayanya…lagaknya…amat memukau … tampan…rambutnya yang agak panjang mencecah bahu … hidung yang mancung… mata … ermm…aku suka sangat pada mata Farid. Lebih tampan dari Farid Kamil pelakon lelaki yang aku minati dan menjadi kegilaan ramai tu. Handsome la mamat ni. Mamat apanya … dia kan dah jadi suami aku.

“Apsal U letak hadiah-hadiah tu kat sana?” aku bertanya bila lihat Farid sibuk mengankat kotak-kotak hadiah kami.

“Memang la… kalau tak … macamana nak tidur…” balas Farid.

Biar benar… Farid nak tidur atas sofa? Tidak sudikah dia sekatil denganku? atau dia sebenarnya tidak suka akan perkahwinan ini. Dia hanya terpaksa. Adakah begitu? Aku tak mengerti semua yang berlaku kini. Benarlah jangkaan aku selama ini. Farid kahwin dengan aku demi keluarganya. Demi ibu dan ayahnya. Bukan kerana cinta dan sayang kepada aku. Kalau benar. Kenapa dia membahasakan ‘abang’ denganku? kenapa dia begitu mesra denganku? ah … lelaki … memang begini.

“U nak tidur kat sofa tu ke?” aku beranikan diri bertanya kepada Farid. Aku harus berani. Aku inginkan kebenaran. Aku ingin dia berterus terang.

“Yup… takkan I nak tidur atas katil dengan U kot..” selamba dijawabnya. Panas pulak telinga aku yang tak berapa capang ni.

“Ok.. up to you. I didn’t force you. You yang nak tidur kat sofa tu. Ha… tidur jelah.” Dengan selamba juga aku membalas. Sakit pulak hati aku dengan mamat ni. Rasa macam orang bodoh pun ada. Rasa dipermainkan. Tuhan … sabarkan hatiku. …

“Yela… memang abang nak tidur kat sini pun sayang. Sayang tidur jangan lupa baca doa ye. Good night dear … mmuuaahhss” gila mamat ni. Gila!!!! Farid berkata seakan memperli aku. Namun…tanpa ku sedari…air mata mengalir membasahi pipi. Aku teresak-esak. Makin kuat aku esakanku. Air mata bak hujan yang turun dari langit biru mengalir deras. Persis anak kecil menangis lagakku. Bukan ku pinta. Namun air mata ini mengalir dengan sendirinya. Aku juga tidak mengerti akan air mata ini.

Farid menghampiri aku. Cuba merapatkan diri kepadaku. Aku menjauhkan diri. Sakit hati. Sakit jiwa tatkala dia semakin hamper denganku. diraihnya aku ke dalam pelukannya. Pertama kali aku di dalam pelukan seorang insan bernama lelaki yang kini bergelar suami aku. Aku meronta-ronta agar dilepaskan. Semakin kejap pelukan Farid. Hangat. Terasa hangat menusuk ke urat nadi seluruh anggota tubuhku. Aku masih lagi meronta ingin dilepaskan. Aku tumbuk-tumbuk dada Farid. Padan muka kau. Rasakan.

“Lepas la… kenapa you buat I macam ni. Apa salah I? kenapa you seksa I macam ni? I betul-betul tak paham. I perlukan jawapan. Kenapa you sanggup buat I macam ni. Kenapa? Kenapa?” kenapa you kahwin dengan I kalau you buat I macam ni kenapa Farid? Kenapa? Bertubi-tubi aku menyerang Farid dengan persoalan yang berlegar di fikiran aku sejak hari pertama papa memberitahu bahawa dia ingin menghantar rombongan meminang.

“Sayang…. Kenapa ni? Apa yang abang dah buat? Abang tak paham sayang. Stop crying dear …malu la kalau orang dengar. Jangan nangis ye sayang.” Farid menyeka air mata yang mengalir laju di kedua belah pipi gebu aku. Kura-kura dalam perahu. Pura-pura tak tahu. Sakitnya hati aku dengan Farid ni. Rasa nak cincang-cincang sampai lumat mamat depan mata aku ni. Dia belum lepaskan aku. Malah makin erat aku dipeluknya. Aku kaku. Tak terdaya ingin melawan lagi. Hanya air mata yang masih deras mengalir membasahi pipi dan kini habis baju tidur Farid basah dek kerana air mata aku.
“Sudah lah Farid. Kalau macam ni kenapa you kahwin dengan I? kenapa you kahwin dengan I Farid kalau you buat I macam ni. Kenapa Farid …kenapa?” aku masih bertanya soalan yang sama.

“Because I love you dear … love you so much …” nak muntah aku dengar jawapan yang keluar dari mulut Farid.

“Love? Apa makna semua ni Farid. What the hell you talking about? Love? Sound silly……it was so jerk you know….I really hate you. I hate you so much!” dengan sinis aku membalas kata-kata Farid. Biar dia tahu. Aku benar-benar bencikan dia. Benci? Benarkah aku bencikan Farid. Ah …. Pusing … aku sendiri tidak pasti apakah perasaan aku pada Farid sebenarnya.

“Betul sayang … abang love you so much…” Farid masih menyatakan bahawa dia cintakan aku. Gila. Ini memang benar-benar gila!

“Sayang? Cinta? Apa makna semua ni Farid? Kalau betul you sayang I… you love me …kenapa you menghilangkan diri? Kenapa tak pernah sekali pun sepanjang kita bertunang you call I? Kenapa Farid. Kenapa?” aku mula hilang kawalan. Aku menolak tubuh Farid. Aku berdiri menghadap muka Farid. Aku ingin luahkan apa yang aku rasa selama ini. Aku ingin kan jawapan dari Farid.

“Kenapa? Sayang rindu abang ke selama ni?” tanya Farid yang mula berdiri dan kini menghadap muka aku. Aku jadi tak keruan. Dup dap …dap dup … perasaan itu datang lagi… masih tidak dapat ku tafsirkan apa sebenarnya. Rindu? Ah … tak pernah pun aku rindu kau. Buang masa aku je nak rindu pada kau Farid. Aku menolak Farid yang semakin hampir dengan aku. Lagi sekali aku tumbuk dada Farid. Padan muka kau!

“Takde masa nak rindu you.” aku berkata tanpa memandang muka Farid.

“Betul ke sayang tak rindu abang? Kenapa sayang pun senyap je? Tak call abang pun.” bisik Farid. Farid semakin rapat. Semakin hampir mulutnya bertemu mulut aku. Kehangatan nafasnya dapat ku rasai. Saat ini hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku. Menggeletar seluruh badan. Aku tak mampu untuk berkata-kata.

Farid kembali bersuara seperti biasa. “Abang tunggu sayang call abang. Setiap saat. Setiap detik abang tunggu. Tapi sayang tak pernah call abang. Kalau abang yang call belum tentu sayang nak jawab kan? Abang gembira sangat bila papa cakap sayang setuju dan terima lamaran abang. Abang rasa abang adalah orang paling bertuah sekali dapat memiliki sayang. Abang bukan menjauhkan diri dari sayang. Abang tahu dan nampak apa yang sayang buat setiap hari. Abang tak nak sayang jauh dari abang. Walupun kita tak bertemu namun abang dapat rasa kita dekat sangat. Bukan apa. Kalau dulu sayang selalu mengelak bila bertemu abang. Pelik juga abang. Abang memang dah jatuh cinta sejak pertama kali kita bertemu di restoran dulu, selepas bertahun-tahun kita tidak bertemu. Masa tu ada Syafiq dan Maya. Tapi sayang selalu mengelak. Sukar abang nak luahkan isi hati abang. Masa sayang merajuk dengan Syafiq dulu. Abang paling risau bila Syafiq cakap sayang kurung diri dalam bilik. Tak nak makan. Tak nak keluar bilik. Kalau boleh abang sendiri nak pergi pujuk sayang. Tapi Syafiq halang. Abang ambil keputusan diamkan diri. Tapi tak bererti abang lari dari sayang. Abang tahu semua gerak geri sayang. Apa sayang buat. Dengan siapa sayang keluar. Sayang makan ke tidak… semua abang tahu. Abang sedih sangat bila sayang tak peduli langsung tentang majlis perkahwinan kita. Abang buat sorang-sorang. Tapi tak mengapa. Abang tak kisah. Abang sanggup buat semuanya demi sayang. Abang suka sangat bila sayang nampak cantik dan sesuai sangat pakai semua baju yang abang reka sendiri untuk sayang. Abang betul-betul sayang Fira.” Farid meluahkan segalanya. Aku terkedut. Serasa terhenti denyutan jantung aku tatkala Farid meluahkan segalanya. Segala persoalan yang bermain di mindaku sejak kebelakangan ini. Ternyata benar kata-kata mama tentang Farid dan majlis perkahwinan kami. Farid cinta kan aku? Ya… dari riak matanya… sinar cinta itu menyala. Tak dapat aku nafikan. Mulut mungkin menipu tatkala menuturkan kata cinta. Namun mata sejujurnya akan menyatakan kebenaran. Farid memang mencintai aku. Syukur …Alhamdulillah …. Terima kasih ya Allah.

Air mata yang seakan berhenti mengalir tadi kembali mengalir deras. Sesaat itu aku memeluk Farid. Rasa seperti tidak mahu berpisah dengannya. Degupan jantung yang tidak menentu, rasa hati yang sukar ku tafsirkan kini .. sebenarnya adalah cinta aku kepada Farid. Hanya untuk Farid. Rupanya…tanpa aku sedari … dalam hati ada cinta yang tersemat indah buat insan bernama Farid. Aku benar-benar bersyukur padaMu. Farid membalas pelukan aku. Kami berpelukan. Erat. Seakan ingin memateri agar tidak terpisah walau sesaat.

“Patutnya abang call jela. Fira kan perempuan. Takkan Fira yang nak call abang dulu kot.” Aku menyembamkan muka ke dadanya. Selesa dalam keadaan begini. ‘Abang’? automatic pulak keluar dari mulut aku ni.

“Thanks dear … ni lah saat yang abang tunggu selama ni. Ermm… sejuk hati abang dengar sayang panggil ‘abang’… eh… sayang belum jawab soalan abang tadi. Sayang rindu abang ke selama abang hilang dari mata sayang?” Farid mengucup dahi aku. Suatu perasaan yang amat sukar ku gambarkan saat ini. Amat halus… lagi halus dari zarah … menusuk kalbu… adakah ini dinamakan cinta? Amat mengasyikkan.

“Tak rindu pun… buat apa rindu abang. Buang masa jela rindukan abang.” aku menjawab soalan yang diajukan Farid.

Kami masih berpelukan. Erat. Lebih erat dari tadi. Aku selesa diperlakukan begini. Tiba-tiba… bibir Farid semakin galak meliar di sekitar wajahku. Aku tak dapat mengelak kerana keadaan aku yang masih dalam pelukan Farid. Pelukan seorang suami. “Betul ke sayang tak rindu abang? Abang rindu sayang tau. Rindu sangat.” bisikan Farid membuatkan aku semakin leka. Amat mengasyikkan. Adakah ini cinta dari seorang insan bernama lelaki yang selama ini aku dambakan? Mungkin juga jawapannya adalah ya..

“Errmm..tak pun ….” Aku sengaja ingin mengusik. Sebenarnya dalam diam aku amat merindui Farid. Malah sebelum kami bertunang aku dah rindukan Farid.

Farid mencempung aku menuju ke katil. Ke katil pengantin kami. Aku malu. Merah padan muka aku. Segan walaupun dengan suami sendiri. Mestilah… kita kan harus punya rasa malu. Farid mencumbui aku. Asyik … amat asyik … aku leka dengan perbuatan Farid. Aku hanya membiarkan walau agak lemas sebenarnya.

“Sayang… jom kita tidur…” kata Farid separuh berbisik. Aku mengerti maksud suamiku. Tapi sengaja mahu mengusik. Nakal. Hehe….

“Ermm… bukan ke abang nak tidur atas sofa tadi?” aku sengaja memperli suami aku yang tanpa ku sedar sejak dulu aku telah jatuh cinta kepadanya.

“Eleh … tadi masa abang nak tidur kat sofa sayang nangis-nangis tak kasi … sekarang abang dah cancel… abang nak tidur atas katil ni dengan sayang. Tak kira! Sayang tak kasi pun abang nak jugak! Sayang jangan lupa malam ni adalah malam pertama kita tau … ” niat hati ingin mengusik Farid… tapi aku pulak yang terkena.

Akhirnya … termeterai sudah ikatan cinta kami. Sesungguhnya dalam hati setiap manusia tersemat indah sebuah cinta yang abadi. Tanpa kita sedari… cinta hadir tanpa diundang. Aku benar-benar mencintai Farid. Farid juga begitu. Kami berjanji akan bersama-sama menjaga dan membaja cinta ini agar sentiasa mekar semekar bunga di Firdausi.

“Lupa abang nak beritahu. Angah dah cerita pada abang kenapa sayang mengelak setiap kali jumpa abang.” kata suami ku yang tercinta.

“Apa yang Angah beritahu abang?” aku agak terkejut. Huhu … mama…

“Sebab… sayang takut abang ingat peristiwa sayang calit kek pada muka abang. Sayang malu dengan abang sebenarnya kan?” aku tunduk malu. “Kalau sayang nak tahu … disebabkan sayang calit kek tu lah abang ingat sayang setiap saat. Sejak dulu lagi. Tapi sayang abang terpaksa ikut ibu dan ayah pindah ke luar negara. Kalau tak …dah lama kita kahwin … sebab abang boleh mengorat sayang awal-awal.”

SELAMAT HARI BAPA ~ buat abah

Aku bangga … bangga menjadi anakmu …
Walau bersengkang mata … tidak mengira usia
Dikau besarkan kami dengan rasa gembira
Jasamu tidak terharga
jerih keringatmu tiada nilainya…
sejak kecil hingga dewasa
dikau ku bangga …
didikanmu … asuhanmu … amat bermakna
bermakna demi meniti hari dewasa.
Demi manjadi anak bangsa beretika.
Budi dan jasamu tiada terhingga ….
Tidak terbalas walau berjuta..
Akan ku kenang sepanjang masa...
Selamat hari bapa.
Selamat Hari Bapa buat abah!

Aku ... Ini aku?



Aku? Aku hanya seorang insan biasa…sama seperti insan lain yang wujud di muka bumi Allah S.W.T ini. Seorang insan yang punya hati dan perasaan. Kadang-kala punya rasa perasan. Aku juga punya rasa ingin dicintai dan mencintai selain ingin rasa disayangi. Ermm…aku sayangi insan lain juga… tapi ikhlaskah aku menyayangi insan lain? Mungkin ikhlas …mungkin juga tidak. Aku sendiri tidak pasti. Kata orang, seandainya kita ingin diri dicintai, disayangi mahupun dirindui… kita seharusnya mencintai, menyayangi dan merindui insan lain dahulu. Benarkah begitu? Sehingga kini aku masih tidak mengerti.

Berkawan, bercinta… berskandal… dah jadi lumrah kehidupan setiap insan… mungkin semua… mungkin sebilangan… mungkin juga segelintir. Yang pasti.. setiap insan ingin untuk menghadapi mahupun melalui semua saat itu. Aku juga begitu. Andai dulu aku hanya mempunyai kawan semata. Namun kini aku mempunyai semua. Kawan, cinta dan skandal. Sukar untuk aku tafsirkan semua ini. Permainan apa yang cuba aku mainkan saat ini. Walau aku tahu permainan ini bakal memakan diri suatu hari nanti. Aku tetap teruskan permainan. Adakah ini dikatakan permainan? Aku tidak pasti. Aku bingung. Aku ragu. Aku bimbang. Aku tak mengerti akan semua yang terjadi.

Aku ingin jadi seperti insan bercinta lain yang setia sehidup semati. Aku ingin seperti insan bercinta lain yang bahagia berkongsi suka dan duka bersama. Aku inginkan hubungan yang kekal bahagia tanpa sengketa hingga hujung dunia. Tapi aku tahu … ini semua anugerah dan takdir Tuhan yang Maha Esa. DIA menentukan segala.

Aku sama seperti insan lain. Mulakan hubungan sebagai kawan. Kawan yang agak rapat. Kawan yang semakin rapat….. begitu intim. Akhirnya aku khayal diulit sebuah perasaan bernama cinta.

Cinta aku tidak seperti insan lain. Aku ragu. Ragu akan diri aku sendiri. Benarkah apa yang ku rasa saat ini adalah cinta? Atau aku selesa dengannya kerana hanya dia satunya yang memahami dan aku senangi kala ini. Persoalan ini sering timbul di benak fikiranku. Aku meragui perasaanku sendiri… perasaannya juga. Adakah aku yang alpa sehingga membuat keputusan yang mendadak? Adakah aku yang memulakan. Kenapa aku harus terus-terusan begini seandainya aku meragui kejujuran dan kesetiaan masing-masing? Persoalan yang mungkin aku berikan jawapan sebagai sayang.

Sayang? Adakah sayang andai kejujuran dan kesetiaan diragui? Mengapa sayangku timbul pada semua insan sekeliling… bukan hanya dia? Sekali lagiku ragui…. Perlukah aku teruskan? Adakah hanya simpati?

Simpati? Apa yang perlu ku simpatikan? Diri sendiri yang begitu naïf lebih simpati sepatutnya. Ah …. Bisakah aku bertahan selamanya begini? Perasaan ini menjelma setiap kali aku bertemu insan baru. Insan baru yang bertandang ke dasar hatiku. Setiap kali juga begini… apakah aku terlalu terburu-buru dalam memilih pasangan? Apakah aku terlalu pentingkan diri sendiri dalam mencari pasangan. Ragu… amat ku ragu. Seringkali ku fikirkan … apakah kesudahan kehidupan ….

Aku lemah… masih terkapai-kapai di tengah lautan. Lautan cinta yang amat luas … aku tahu CINTA yang hakiki hanya kepadaNYA… namun aku masih leka dan alpa akan semua ini. Aku terburu-buru dalam mengejar segalanya. Aku lemah ya Allah … sesungguhnya aku perlukan kekuatan. Kekuatan rohani dan jasmani demi aku menempuhi segala rintangan dan halangan yang ENGKAU tetapkan ini.

Aku tercari-cari diri… aku tercari-cari sendiri ….
Aku masih mencari … aku perlu terus mencari…
aku perlukan sesuatu yang pasti …hanya yang pasti akan menemukan aku pada yang hakiki….

penat sesgt ....

huhu ...2mnggu ni Liz kn g attachment .... pnt woO ... ikt fOgginG la pela .... tp njOy sesgt ...hikhik...

Life geTTing bOred??

Is it true? or myb im da 1 who fell like dat? h'mmm whatever .......... damn!!!

Lagu Jutawan Muda -TomOk-

Rindu Terhenti

Telahku tinggalkan
Memori Silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu
Walaupun duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rindu ku terhenti
Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu
Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia
Padam nyala patah tumbuh
Hilangkan berganti
cinta tiba, cinta pergi
Biar di asal ku nanti
Ku lupakan mu jua di sini
Sedang kau pergi menjauhi


Hanya Ingin Kau Tahu

HANYA INGIN KAU TAHU

Ku telah miliki, rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku kau lepas cintaku
Rasakan abadi sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau fahami
kufikir ku salah mengertimu

Oo.. aku hanya ingin kau tahu besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku, disisa akhir nafas hidupku

Ooo..ooo..

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku kulewati itu
Rasakan abadi sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau fahami kufikirk ku salah mengertimu


...specially dedicated 2 my Mr*********....

Mac

MAC berpesonaliti yg menarik dan menawan mudah didampingi sgt pemalu dan pemendam rasa sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran suka pada kedamaian sgt peka kepada orang lain sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain tidak cepat marah dan sangat amanah tahu balas budi dan tahu kenang budi pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal suka berangan-angan suka melancong sgt manja dan suka diberi yg sangat tinggi kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga punya bakat seni dalam bidang muzik kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.

Apalah Nasibku

huhu ... mmg bkn jOdoh novel2 Liz dijdkan santapan kalian

coz sume yg Liz post akn terdelete la...

tehilang la ....

huhu...

aku ke die??

H'mmm ....mslh umah tangga tol la ...

ade org slh phm lak ...

aku dOk sbk memaki laptOp ni ...

ade org igt aku maki die lak ... adOyaii ...

mcm ini punya olang pOn ada ka ??

pelek2

aku yg xpndai ckp @ die yg xphm bhs Malaysia?

hahahaha...lantaklah ...

as long kami msh bahagia ...

(bahagia lg ke?? ....)

I'm Back ....;p

I'm Back ...hehehe...

i mean back 2 ths blOg lor ... ;p

ermm last 2 days ... my rabbit kematian ank2nyer ... pity them ...huhu

nk bt cmne kn ... dah ajal ank2 beliau...

mati tesepit dlm sgkar cum umah beliau sndri..hikhik....