Aku? Aku hanya seorang insan biasa…sama seperti insan lain yang wujud di muka bumi Allah S.W.T ini. Seorang insan yang punya hati dan perasaan. Kadang-kala punya rasa perasan. Aku juga punya rasa ingin dicintai dan mencintai selain ingin rasa disayangi. Ermm…aku sayangi insan lain juga… tapi ikhlaskah aku menyayangi insan lain? Mungkin ikhlas …mungkin juga tidak. Aku sendiri tidak pasti. Kata orang, seandainya kita ingin diri dicintai, disayangi mahupun dirindui… kita seharusnya mencintai, menyayangi dan merindui insan lain dahulu. Benarkah begitu? Sehingga kini aku masih tidak mengerti.
Berkawan, bercinta… berskandal… dah jadi lumrah kehidupan setiap insan… mungkin semua… mungkin sebilangan… mungkin juga segelintir. Yang pasti.. setiap insan ingin untuk menghadapi mahupun melalui semua saat itu. Aku juga begitu. Andai dulu aku hanya mempunyai kawan semata. Namun kini aku mempunyai semua. Kawan, cinta dan skandal. Sukar untuk aku tafsirkan semua ini. Permainan apa yang cuba aku mainkan saat ini. Walau aku tahu permainan ini bakal memakan diri suatu hari nanti. Aku tetap teruskan permainan. Adakah ini dikatakan permainan? Aku tidak pasti. Aku bingung. Aku ragu. Aku bimbang. Aku tak mengerti akan semua yang terjadi.
Aku ingin jadi seperti insan bercinta lain yang setia sehidup semati. Aku ingin seperti insan bercinta lain yang bahagia berkongsi suka dan duka bersama. Aku inginkan hubungan yang kekal bahagia tanpa sengketa hingga hujung dunia. Tapi aku tahu … ini semua anugerah dan takdir Tuhan yang Maha Esa. DIA menentukan segala.
Aku sama seperti insan lain. Mulakan hubungan sebagai kawan. Kawan yang agak rapat. Kawan yang semakin rapat….. begitu intim. Akhirnya aku khayal diulit sebuah perasaan bernama cinta.
Cinta aku tidak seperti insan lain. Aku ragu. Ragu akan diri aku sendiri. Benarkah apa yang ku rasa saat ini adalah cinta? Atau aku selesa dengannya kerana hanya dia satunya yang memahami dan aku senangi kala ini. Persoalan ini sering timbul di benak fikiranku. Aku meragui perasaanku sendiri… perasaannya juga. Adakah aku yang alpa sehingga membuat keputusan yang mendadak? Adakah aku yang memulakan. Kenapa aku harus terus-terusan begini seandainya aku meragui kejujuran dan kesetiaan masing-masing? Persoalan yang mungkin aku berikan jawapan sebagai sayang.
Sayang? Adakah sayang andai kejujuran dan kesetiaan diragui? Mengapa sayangku timbul pada semua insan sekeliling… bukan hanya dia? Sekali lagiku ragui…. Perlukah aku teruskan? Adakah hanya simpati?
Simpati? Apa yang perlu ku simpatikan? Diri sendiri yang begitu naïf lebih simpati sepatutnya. Ah …. Bisakah aku bertahan selamanya begini? Perasaan ini menjelma setiap kali aku bertemu insan baru. Insan baru yang bertandang ke dasar hatiku. Setiap kali juga begini… apakah aku terlalu terburu-buru dalam memilih pasangan? Apakah aku terlalu pentingkan diri sendiri dalam mencari pasangan. Ragu… amat ku ragu. Seringkali ku fikirkan … apakah kesudahan kehidupan ….
Aku lemah… masih terkapai-kapai di tengah lautan. Lautan cinta yang amat luas … aku tahu CINTA yang hakiki hanya kepadaNYA… namun aku masih leka dan alpa akan semua ini. Aku terburu-buru dalam mengejar segalanya. Aku lemah ya Allah … sesungguhnya aku perlukan kekuatan. Kekuatan rohani dan jasmani demi aku menempuhi segala rintangan dan halangan yang ENGKAU tetapkan ini.
Aku tercari-cari diri… aku tercari-cari sendiri ….
Aku masih mencari … aku perlu terus mencari…
aku perlukan sesuatu yang pasti …hanya yang pasti akan menemukan aku pada yang hakiki….
No comments:
Post a Comment